Kursus Online Marketing/ Asas Keusahawan Siri 9 & Advokasi Maklumat Palsu
Pada 6 April 2019. Pusat Internet Kg. Braang Bayur telah bekerjasama dengan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dan Pusat Internet Telaga Air dalam menganjurkan Kursus Online Marketing/ Asas Keusahawanan Siri ke-9 di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kursus ini melibatkan 18 orang wanita yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pemasaran melalui online yang menjadi trend terkini.
Selain itu, peserta juga diberi pendedahan kepada Asas ICT seperti penggunaan internet, email, facebook pages dan mencipta logo perniagaan mengunakan Microsoft power point. Kami juga berkongsi teknik fotografi & copywriting yang sangat berguna dalam pemasaran online. Tambahan pula, kami mendedahkan salah satu modul KDB iaitu maklumat palsu, agar tidak sewenang-wenangnya mempercayai sesuatu khabar atau maklumat yang disebarkan. Diakhir kursus YB Dr. Hj Hazland Abg Hj Hipni Adun N5 Demak Laut hadir bagi penyerahan sijil kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: